Orang Melayu telah dijual dengan sodo-mee sekian lama. Orang Melayu telah ditipu oleh penjajah sekian lama. Mereka telah bawa cara hidup atau sistem hidup mereka ke Tanah Melayu sejak kerajaan Kesultanan Melaka tewas. Orang Melayu masih tidak sedar tentang sistem hidup sekular yang penjajah tinggalkan. Ini berlaku kerana ada kumpulan manusia Melayu bernama UMNO yang menjadi agen penjajah. Telah lebih 50 tahun UMNO menjadi talibarut penjajah. Sistem kufar yang diberi nama sekularisma, nasionalisma, kapitalisma dan berbagai2 lagi telah membuat orang Melayu menjadi sesat dan korup di dunia ini.
Orang Melayu telah ditidurkan dengan isu-isu remeh seperti sodome. Sistem kufar dengan perundangaan yang dicipta manusia telah ditelan oleh orang Melayu sampai jadi sebati. Sistem inilah yang membawa perpecahan UMMAH. Sekiranya orang Melayu tidak kembali kepada Quran dan Hadis, tunggulah kehancuran kaum Melayu pula di dunia ini. Orang Melayu perlu baca dan faham ayat2 Quran terutama surah Baqarah ayat 120. Orang Melayu perlu bangun dari tidur.